// Hanim Erieka ♥
Hello! Hanim here !

Assalamualikum! Hi I'm Hanim and I'm 16 years young. Welcome to My Cute Blog !. Follow my blog and Follow My Twitter too ! kay Sayang ku ♥


Diary About Linkies

Walking Talking

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Owner: Hanim Erieka



Bila Lelaki Merajuk

Hai , harini nak bagi Tips sikit , hihi , sebenar nya nak update pasal hal lain tapi terbaca pulak entry kat blog someone nih , ok bagus jugak laa dia punya tips , so hanim nak share la dengan korang pulakk :)

Beri masa bersendirian
Apabila lelaki kesayangan anda merajuk , mereka memerlukan masa untuk menenangkan fikiran. Jangan sangka perselisihan faham antara kalian hanya memberi kesan kepada anda sahaja. Kebiasaannya, mereka lebih banyak mendiamkan diri. Jangan diganggu dan beri mereka peluang untuk berehat daripada bebelan anda.


Sentiasa beri sokongan
Bila lelaki melayan rajuk, mereka tidak mengendahkan anda sebagai tanda protes. Jika dia sedang menonton rancangan televisyen kegemarannya, duduk dan temannya tanpa berbicara sepatah pun. Walau tiada komunikasi antara anda, dia tahu anda tetap kekal di sisi walau apa juga berlaku.


Jangan tanya perasaannya
Elak bertanya apa yang dia rasa kerana anda tahu dia sedang marah dan merajuk. Jangan buat si dia rasa jengkel dengan sikap sambil lewa anda.


Buang ego wanitamu
Bukan lelaki sahaja mempunyai ego, wanita juga punya rasa angkuh yang sama. Namun, tidak salah sekali sekala anda buang rasa itu demi si dia tersayang. Jika terlalu lama rajuknya, ucapkan maaf dan kucup mesra tangannya. (bagi yang berumahtangga) . Bertolak ansur itu kunci kejayaan sesebuah hubungan.


Buat kejutan sempurna
Jika wanita merajuk, lelaki sering menghadiahkan jambangan bunga bagi merawat hati nan lara. Apa kata anda lakukan perkara yang sama. Hadiahkannya coklat atau undang makan malam romantis dengan hidangan yang dimasak khas untuk si dia.


Tahu masa yang tepat
Sebaik sahaja berjaya mendapatkan senyumannya kembali, duduk berbincang dalam keadaan yang tenang mengenai perselisihan faham tersebut. Jangan biarkan persoalan dibiarkan tergantung begitu sahaja. Berbincang dengan baik dan cuba selesaikan masalah bersama-sama.

yang mana korang rasa boleh guna masa boyfiee korang merajuk , hihi sesungguhnya memujuk seorang lelaki aagak sukar , banyak-2 bersabar lah ye :)





Thanks for reading

REWIND ME THE PAST | MY SWEET FUTURE